Posts

Showing posts from October, 2019

Dash 125i - Tukar Absorber

Image
Lepas Merapu Depavali Run barang pertama yg saya tukar pada Dash ni ialah Shock Absorber belakang. Absorber ori untuk ride biasa ok, tapi untuk long distance lebih lebih lagii bila jalan tak rata dan nak layan konar ia nya tidak berapa memuaskan. Jadi pasang RCB series A, harga berpatutan dan nampak lebih kemas dari ori. Ambil yang warna merah supaya match sikit sikit dengan motor. Pasang di Cycle Track Subang Perdana. Siap pasang dalam 30 minit. Test memang berbeza dari ori 👍 Honda Dash 125i PGM-FI

Merapu Run - Dash 125i - Cameron Highland

Image
Hari ni cuti Depavali, ride kerapu ke Cameron Highland melalui Shah Alam - Simpang Pulai (Plus) - Cameron Highland - Tapah - Shah Alam (Jalan Lama) a 450km round trip. Persiapan biasa saja pasang top box Kappa dan bawak botol minyak 1 liter. Bersambung..... Gambar Gambar menyusul selepas ini. Gambar lagi .....

Honda Dash 125i - 1st Service

Image
Serbis pertama pada 1138 km. Honda ni service murah total RM20.00 tukar minyak itam sahaja.  Enjin Dash 125i macam kapcai Honda air cooled yg lain, tiada oil filter. Drain minyak itam pon cara mudah, dia sedut saja. Cara begini kena hati hati takut tak habis baki minyak disedut. Lepas habis sedut, masuk minyak baru dalam 800 ml, settle. Guna minyak biasa saja jadi kena tukar selepas 2000 km perjalanan. Esok saya nak lenjan pegi Cameron Highland jadi nanti cerita lagi.

Honda Dash 125i - Tukar Spocket & Rantai

Image
Standard kilang rantai 420 ni nipis jadi tukar lah kepada 428 standard kapcai 150 kebawah. Spocket pon kena lah tukar, jadi alang alang tukar adjust sikit standard kilang depan 14 belakang 39, tukar belakang 36 depan maintain 14 kita tengok dulu camna. Harga semua sekali RK-M set RM55.00 siap pasang.

Honda Dash 125i - Nak Perabis Pantang

Image
Ride pra-merapu hari ini saja nak perabis pantang. Boleh tahan suspension, Jalan Sg Buluh - Ijok - Puncak Perdana yg lekuk lekak boleh layan. Terima kasih, nanti cerita lagi.

Honda Dash 125i - Kapcai Cili Padi.

Image
Untuk jalan jauh, motor kena mudah dan murah di selengara. Ia juga perlu tahan lasak dan jimat bahan api. Jadi saya angkat kapcai Honda Dash 125i PGM FI untuk tujuan ride merapu seterus nya. Sudah lama tak guna kapcai, jadi ini titik permulaan satu episode yg baru.

Vespa Sprint 150 iget - Pecah Kipas

Image
Macamana lah kipas boleh pecah, tengah ride biasa nak pergi kerja dengar bunyi “dush”. Tak pula nampak apa apa, lepas beberapa kilometer engin check lite nyala. Motor boleh jalan lagi, cuma rasa macam berat. Terus sampai RnR Dengkil, tempat port makan sebelom masuk kerja di KLIA check apa yg patut, engin bawah seat tengok tiada apa yg leak, hangus, tercabut etc. Intai pada fan, astaga... habis semua bilah hilang. Nak balik dalam 30 km, jadi tawakal sajalah ride slow slow berhenti 3 kali bagi enjin sejuk Alhamdullilah sampai rumah... enjin berasap asap. Lepas sejuk injin, chk tengok kipas hancur dan case keliling dia retak, jadi pegi Naza Bikers Dream di federal highway beli kipas dan casing plastik tu. Mak oi, mahae nya kipas RM68.00 dan case plastik RM108.00, nasib baik timing sensor berdekatan tak rosak. Kalau rosak kena beli satu set dengan coil coil sekali. Balik rumah pasang semua, test motor ok. Alhamdullilah tiada kerosakkan lain pada Vespa ni.