Posts

Showing posts from November, 2019

Merapu Run - Honda Dash 125i - Pulau Pangkor

Image
Hari ini merapu ke Pulau Pangkor. Unik sikit sebab kena naik feri dari Lumut. Jarak perjalanan lebih kurang 200 kilometer sehala. Bertolak dari rumah jam 6:45 pagi, berhenti makan di Skinchan dan isi minyak di Sungai Durian. Keadaan jalan tidak berapa elok disebabkan pembinaan WCE masih belom selesai, kena berhati hati banyak lobang yg mungkin boleh menyebabkan kemalangan. November 2019, kadar tambang  bot untuk dewasa RM14.00 untuk pergi dan balik. Motosikal dikenakan bayaran RM10.00 sehala dan had saiz dibenarkan ialah 150 cc, motosikal lebih dari ini tidak boleh menggunakan feri penumpang. Video tunggangan merapu hari ini. Gambar gambar ride untuk tatapan.

Merapu Run - Honda Dash 125i - Shah Alam ~ Taman Negara

Image
Hari ini merapu ke Kuala Tahan, pergi jenguk Taman Negara, perjalanan dari Shah Alam melalui Sg Buluh, Kepong, Batu Caves, Karak dan seterusnya menggunakan jalan lama ke Temerloh, Jerantut dan Kuala Tahan. Mutiara Taman Negara. Jarak perjalanan pergi dan balik 520 kilometer, singgah makan pagi di Karak dan berhenti melawat Tugu Titik Tengah Semenanjung.  Cuaca panas dan redup sangat sesuai untuk menunggang. Dalam perjalanan balik singgah di Temerloh untuk tapau Patin Tempoyak. Taman Negara, Kuala Tahan.

Royal Enfield Interceptor 650 - First Impression

Image
Tadi saya test Royal Enfield Interceptor 650, satu motosikal ala retro yang sangat menarik. Royal Enfield bermula di Great Britain kemudian di ambil alih oleh syarikat di India. Awal tahun 80’an lagi Royal Enfield telah berada di pasaran Malaysia dengan Bullet 500.  Motosikal Jenama Royal Enfield masih kekalkan gaya retro hingga kini. Terima Kasih

Recond Batteri Kereta

Image
Projek hari ini, rekond batteri. Batteri kereta saya sudah uzur. Saya guna CTEK MXS 5.0 Test & Charge Battery Charger, ia mempunyai reconditioning function. Tak susah mana, pasang pilih setting untuk kereta dan tinggal. Charger ni akan dengan sendiri betulkan batteri yg sudah hampir tak elok kepada yg masih boleh digunakan. Tinggalkan batteri pada charger ini sekurang kurang nya 3 hari untuk process ini selesai. Bukan hanya batteri kereta, semua batteri untuk kenderaan boleh di rekond. Batteri motosikal memerlukan masa yg kurang untuk dibaik bulih. Pastikan batteri tidak terpasang pada kenderaan atau sekurang kurangnya tanggalkan satu terminal pada batteri untuk process rekond ini, kalau untuk mengecas sahaja tidak perlu ditanggalkan. Pembetulan CTEK MXS 5.0 ini selamat digunakan secara berterusan untuk charge dan recond bateri tanpa perlu ditanggalkan mana mana terminal bateri. Voltage maxima yang disalurkan ialah 15.8V untuk recond, jadi ia nya masih dibawah paras maxima untuk el...