Honda Ex5 C100 Project Completed - Now where to go ?
Siap sudah projek Ex5 Adventure, motor lama di beri nafas baru untuk tugas khas merantau. Setelah mengunakan berbagai motorsikal saya putuskan untuk menggunakan motosikal yang paling ringkas, tahan lasak dan mudah di baiki dimana mana. Honda Ex5 High Power, satu satu motor 4 lejang yang legendary. Rata rata seluruh Asia Tengara ada motor yang seangkatan dengan nya, oleh kerana itu dari segi support tiada masaalah. Setelah sekian lama menunggang, pada pendapat saya perjalanan yang perlahan adalah yang paling memuaskan untuk menikmati permandangan dan budaya negeri orang, juga ia nya kurang risiko, mudah dan murah sesuai dengan kemampuan semua golongan. Ini projek Honda Ex5 C100 Adventure yang saya buat untuk perjalanan jarak jauh sudah selesai dan menunggu untuk peluang ride. Episod sebelum nya di : Honda Ex5 C100 Adventure Project Kos keseluruhan Motosikal & Optional item - RM4237.00 Motosikal Ex5 High Power 2002 - RM2500.00 Insuran & Roadtax - RM300.00 Overhaul kos ...