Nasihat Biker Tua untuk Isu "Pelesit Jalanan"


Pelesit oh Pelesit

Sekarang hangat isu bikers "Pelesit Jalanan" ini saja mainan media supaya dapat menengelami isu isu yand lebih penting dimasakini. Budak budak bikers pulak melenting tak tentu pasal. Bagi saya lebih elok perbaiki diri sendiri saja daripada melenting tak menentu.

Buktikan yang kita benar, tak merempit atau membesit dijalan raya - Ada Berani ?
Dibawah satu contoh yang saya sendiri lalui semasa memandu.

Ada saya kena dgn Versys 650 di lebuh raya pantai timur ketika itu saya di laluan kanan. Dia kasi high beam.... yg bangang nya ialah masa itu saya sedang memotong lori dan bas... bayangkan mana nak pegi. Saya pon bikers, selalu saya bila bikers datang dari belakang saya akan tunggu tengok reaksi dia. Takut takut dia cilok semasa saya nak kekiri.

Lepas beberapa saat saya akan beri laluan, tapi kalau sudah nampak dari jauh saya akan beri laluan terlebih dahulu. Tak payah beam beam pon, sebab saya bikers dan saya pentingkan keselamatan mereka.

Berbalik kepada penunggang Versys yg bangang tu.. cammon lah.. kiri aku ada bas dan lori.. tak boleh nanti sekejap ker yang hang pi bagi high beam tu buat apa.. Lepas dia high beam saya maintain belah kanan tak mahu kekiri.

1. Kerana dia kurang ajar, tak sempat sempat tunggu lah saya lepas bas dan lori dahulu.
2. Takut dia cilok kiri, nanti ada pulak yang jadi Arwah.

Jadi nasihat saya pada bikers, kita ni laju. Adakala pemandu tak sempat nak react kerana kita sampai laju sangat di belakang mereka. Majority pemandu terkena begini.

Ada juga pemandu yang banggang, yang ni bukan setakat bikers saja dapat masaalah tetapi pemandu lain juga marah.

Macam ini lah, bila menunggang atau memandu perbaikilah tata cara kita. Tak payah menunding jari, lebih lebih lagi kita bikers betol ke salah ke... kalau accident kita yang terok..

Cerita Versys balik.. saya biarkan dia potong belah kiri, kerana sewaktu memandu laju reaksi yang terbaik ialah.. kita maintain, biarkan orang ambil action. Sekira dua dua buat perubahan serentak, ada kemungkinan kemalangan boleh berlaku.
Jadi kita bikers masa ride simpan ego dirumah... demi keselamatan dan untuk yang tersayang.

Comments

  1. Saya setuju dan pernah mengalami situasi yg sama...

    ReplyDelete
  2. Good bro, you are doing a very good awareness with your blog. Keep it up.

    ReplyDelete
  3. Tidak semesti bila kenderaan seperti kete , lori, bas atau moto beri hi-beam anda tersentap. Mereka cuma ingin beritahu kehadiran mereka bahawa mereka dibelakang anda agar anda alert dan beri laluan bila aktiviti anda memotong sudah selasai.
    Janganlah sentap atau pentingkan diri sangat bro, atas jalan raya kena timbang rasa dan berhemah demi keselamatan diri dn juga orang lain.. kalau sensitif sangat , lebih baik naik kenderaan awam aje lah..

    ReplyDelete
  4. Tidak semesti bila kenderaan seperti kete , lori, bas atau moto beri hi-beam anda tersentap. Mereka cuma ingin beritahu kehadiran mereka bahawa mereka dibelakang anda agar anda alert dan beri laluan bila aktiviti anda memotong sudah selasai.
    Janganlah sentap atau pentingkan diri sangat bro, atas jalan raya kena timbang rasa dan berhemah demi keselamatan diri dn juga orang lain.. kalau sensitif sangat , lebih baik naik kenderaan awam aje lah..

    ReplyDelete

Post a Comment