Thursday, 30 December 2021

Aveta Ranger 110 - Tukar Tongkat Tepi

Tayar depan belakang saya tukar kepada Corsa Cross tubeless yang besar sedikit dari asal dan absorber saya pasang kilever untuk tinggikan sedikit.
Apabila motor tinggi, kita perlu tukar side stand supaya masa parking ia tidak terlalu senget.


Jadi, pegi kedai favorit saya.. minta dia tukar side stand yang panjang. Dia orang rekoment guna RXZ punya stand, jadi pasang satu RM13.00 settle. Motor sudah tidak sendet sangat.


Bukan apa, kalau terlalu senget dengan top box loaded motor boleh tertonggeng masa park.

Terima kasih.

Aveta Ranger 110 - Immobiliser / Kill Switch Wiring ?

Connector spare bawah seat berhampiran bateri.


Terima Kasih

Tuesday, 28 December 2021

Monday, 27 December 2021

Aveta Ranger 110 - “Frankenstein” Top Box Project

Kita buat sampai jadi… tapi mesti nampak kemas dan selamat.. susah tu nak buat begitu.
Ini lah yang selalu saya tekankan apabila apa apa ubah suai dibuat pada kenderaan, mungkin lama sangat saya kerja di industri penerbangan pemikiran itu datang secara semula jadi.



Projek kali ini ia lah untuk memasang top box, bukan sesuatu yang mudah.. jenuh terpaksa fikir macam mana hendak buat, kerana motor ini tiada tapak atau bracket yang boleh kita beli dari kedai. Nak cari Givi bracket.. langsung lah tiada, nak tunggu Aveta Worldwide.. saya rasa haram tak dapat. Jadi, apa nak buat? Hentam sendiri saja lah.




Kebetulan saya ada spare rak motor Rapido adjustable untuk Ex5 yang tidak digunakan. Motor pon sudah jual, jadi oleh kerana itu.. kita “chop chop” lah bracket itu untuk masukkan kepada Ranger.


Saya guna hanya plate atas dan empat tiang untuk dipasang pada Ranger… jenuh kena fikir, alhamdullilah.. berjaya.



Modi hanya pada coverset.. potong sikit dan beli screw baru yang lebih panjang untuk bracket Aveta. Grab rail dan coverset saya guna kembali tiada apa yang dibuang. Sebelah kiri saya pasang bracket untuk tong minyak, jadi susah sikit lah untuk memasang bracket, grab rail, coverset dan tiang sebelah kiri.


Apa pon, pemasangan cantik.. tiada cacat sangat.. dan kukuh. Jadi siapa siapa yang mahu cuba silakan, tak perlu guna Rapido adjustable rak. Kita boleh guna empat tiang dan satu plate yang kita boleh tempah dari bengkel kimpalan, rasanya lagi murah.


Pemasangan renyah sikit perlu kesabaran, benda begini saya jarang hantar kedai buat kerana mereka hendak cepat. Hasilnya tidak akan sama sekiranya kita buat sendiri. Kalau pembuatan yang mudah.. boleh saja hantar ke kedai.


Apa pon terima kasih kerana melawati blog saya.

Sunday, 26 December 2021

Aveta Ranger 110 - Kasi Tukar Itu Tayar Lah…

Tayar standed kilang untuk motor ini FKR tube, jadi untuk perjalanan jarak jauh lebih lebih lagi secara solo .. elok lah di tukar kepada tayar tubeless. Jadi tanpa melengahkan lagi masa pada batuan 660 km saya tukar tayar 1 set kepada Corsa Cross 90/90x17 belakang dan 80/90 x 17 hadapan.


Minyak injin juga ditukar, untuk melancarkan lagi pilihan gear, motor pon baru jadi elok lah tukar selepas 500 km. Lain lain tiada apa, ynag perlu dibuat.






Terima kasih kerana sudi melawati blog saya.

Saturday, 25 December 2021

Solo Camping Teluk Senangin - Edisi Aveta Ranger.

Ride Solo dan Camping semasa Krismas 2021 ride penutup tahun 2021. Laluan Shah Alam - Sungkai - Kuala Bikam - Teluk Intan - Setiawan - Lumut - Teluk Senangin.


Cuaca cerah sesuai untuk ride solo dan camping santai. Saya juga berkesempatan menguji batuan minyak motosikal Aveta Ranger 110.

Full Tank - 3.5 L
Lampu Minyak Menyala - 85 km
Tangki Kering - 137 km

Terima kasih.

Thursday, 23 December 2021

Hari 2 - Lampu Minyak Menyala Pada Batuan 87km Dari Tangki Penuh

Pusing sikit sikit, tiba tiba lampu minyak berkelip dan terus menyala pada batuan 87km. Nak kena check sama ada ini kerosakkan atau memang betul amaran minyak keluar pada batuan yang tertera diatas.


Nak tahu jugak, full tank berapa jauh kita boleh ride. Nanti saya buat “Ride Sampai Kering” untuk mengetahui batuan motosikan ini. Sati lagi, timing agak tinggi, ini nak kena adjust bagi rendah sikit.


Sekian, Terima Kasih.

Tong Minyak 5 liter untuk Ranger

Missi pasang tong minyak 5 liter pada Aveta Ranger.


Operasi berjalan lancar, saya hanya perlu tebuk 2 lubang 5mm pada grab rail untuk U bolt braket tangki.



Lain lain modi tiada, saya guna aluminium rod untuk jarakkan bracket dan perkukuhkan nya.



Tong nampak kemas, cuma apabila saya pasang top box nanti kena tengok camna.
Kemungkinan ia akan menggangu tong ini, jadi kalau itu berlaku saya terpaksa lah fikir cara lain pula.




Tiada video untuk ini, nanti pukal sekali dengan video lain.

Terima Kasih

Wednesday, 22 December 2021

Aveta Ranger 110 - Kita Modi Dulu Sikit Sikit

Modi sikit sikit, untuk ride permulaan.

Saya pasang handle bar brace, phone holder dan universal windscreen.



Terima kasih.

Aveta Ranger Review

Review awal Aveta Ranger 110, motor marhein mampu milik. Berapa lama tahan ? Tak tahu… kita tengok saja lah… lingkup ker tidak nanti.. bila saya buat long ride merapu.. SeMalaya… 🤪



Terima Kasih.
























Aveta Ranger 110 - Intro Ambil Motor

Motor Aveta Ranger saya baru selesai pendaftaran, jadi hari ini saya pergi ambil dari Puncak Alam Motoworld.


Tengah test awalan motor ini secara kasar, sebelum membuat modi yang perlu. Boleh lah cuti krismas ini kita round round naik motor baru.


Sekian terima kasih.

Sunday, 19 December 2021

Ex5 High Power 2002

Terpaksa lepaskan motor ini, kerana ada projek baru… 🥲


Banyak sangat motor depan rumah… jadi buat lah yang terbaik.. letgo mungkin ada yang mahu.









Terima kasih.


Merapu Sabah 3.1 - Solo Kota Kinabalu ke Keningau

Ramainya orang di KLIA sempena cuti sekolah, MAS pon menggunakan pesawat A330-200 untuk menampung penumpang yang ramai. Pada  12hb Dec 2022 ini ada sedikit masa untuk saya ke Keningau.


Penerbangan dari KLIA jam 11:15 mengambil masa 2 jam lebih, setiba di KK saya bergegas untuk check in ke hotel dan kemudian ke rumah sahabat disana untuk menggambil motor.


Di ketibaan KKIA sempat juga berjumpa dengan geng UOMO yang nampak keletihan tetapi ceria bebenor as usual. Lebih lebih lagi demer demer ni baru.. buat Ride Pusing Sabah.


Ambil motor sekitar jam 3:20 petang, kali ini kawan genq UOMO suruh guna Honda xAdv 750, jadi saya pon cuba lah skuter ini untuk perjalanan ke Keningau. xAdv skuter mesti mudah untuk dikendali lebih lebih lagi saya sudah biasa dengan skuter besar seperti BMW C600Sport.

Tetapi sungguh tidak di sangka, cempedak bersarung nangka.. motor rasa gedabak dan berat.. ia memerlukan masa untuk kita biasakan diri. Jalan di Sabah, sangat mencabar jadi untuk xAdv saya tidak galakkan penggunaan nya di sana.


Dalam perjalanan ke Keningau route yang paling menarik ia lah melalui Banjaran Croker dan wajib berhenti di puncak, terdapat bikers Sabah di sana oleh kerana sudah agat lewat saya tak sempat untuk berborak lama. Hanya sekadar bertegur sapa, mungkin lain kali lah…


Di Puncak, tempat rehat puncak, biasa lah sini geng motor sabah.. tak singgah tak sah naik Croker.


Berat anak gajah ni wei… jangan lah guna untuk tour Sabah, RS150 terbaik untuk tugas ini.


Bikers Sabah dari KK yang sempat berbual sekejap, yg best bila kita jumpa bikers.. dia orang ni.. sama saja kepala dengan kita.. terbaik geng 👍

Route KK - Putatan - Kinarut - Papar - Kimanis - Croker - Keningau.
Sudah banyak kali jalan route ini, dikira dah macam naik Genting dah lah…. 🤭


On route ikot jalan belakang bandar Keningau, 1st left lepas turun Croker.. laluan depan Kolej Vokay Keningau, tempat anak bertugas 11 tahun sudah.


Tidak pegi mana sangat di Keningau, tapi anak gajah berlemuih sangat, owner baru habis buat ride Sabah 1 hari sebelum saya ambik motor.. taik taik gajah,pon tak sempat nak cuci.


Keningau View Restoran, on route balik. Berhenti makan sikit.. sebab ada kerja petang ini di Airport sudah schedule.


Keningau View Restoran.










Pekena mee kari.


Layan si kecik di Keningau, nak bagi dia biasa.., dengan datuk dia… kena datang selalu ni.. ride Sabah.


Pulangkan motor di Jade Residence, Kota Kinabalu, terima kasih semua… terima kasih pada yang bermurah hati pinjam kan anak gajah.. next trip.. teman guna Modenas Dominar 400 lah ya… tak larat dah nak bawak yang besor besor.


Sudah kena bertugas, buat briefing pada engineer engineer Malaysia Airline untuk kapal nyamuk ni.


Plaza Wawasan, saja ambik gambor.


Minum di Api Api… tetiba rasa lenguh pulak badan .. ni 😆


Api Api.. area… tak berubah sangat sama saja.. macam tu jugak.


Kena kopi di Ajmal Maju.. ni kedai baru ni, dulu tiada… apa pon.. kedai mamak di KK ni.. tak sedap.


Beli lah ole ole sikit.. last trip dah borong bilis dangan udang kering, trip kali ini.. beli sikit saja lah. Ada lagi 20 kilo baggage allowance boleh sumbat. Tapi bior jer lah.


Permandangan dari tingkap hotel, cuaca masa ini tak hujan sangat, just nice untuk naik motor. Alhamdullilah selesai trip ke Sabah.. untuk kali ini.


Insha Allah 29 Jan saya akan ke sana lagi ride Merapu Sabah 4.0 - Kinabalu Anti-Clockwise dalam 9 hari gitu.


Terima kasih.