It's been ages ago that I first start riding motorcycle, since then I'm hooked to all the exciting adventures possible.
This blog is on Motorcycling activities in the Malay Peninsular, any events recorded here are from own experience or obtained from friends within the community.
It is also about motorcycle and other DIY that I embark on which may be of interest to reader.
Have a pleasant day and ride safe.

Affy NoX

Monday, 27 December 2021

Aveta Ranger 110 - “Frankenstein” Top Box Project

Kita buat sampai jadi… tapi mesti nampak kemas dan selamat.. susah tu nak buat begitu.
Ini lah yang selalu saya tekankan apabila apa apa ubah suai dibuat pada kenderaan, mungkin lama sangat saya kerja di industri penerbangan pemikiran itu datang secara semula jadi.



Projek kali ini ia lah untuk memasang top box, bukan sesuatu yang mudah.. jenuh terpaksa fikir macam mana hendak buat, kerana motor ini tiada tapak atau bracket yang boleh kita beli dari kedai. Nak cari Givi bracket.. langsung lah tiada, nak tunggu Aveta Worldwide.. saya rasa haram tak dapat. Jadi, apa nak buat? Hentam sendiri saja lah.




Kebetulan saya ada spare rak motor Rapido adjustable untuk Ex5 yang tidak digunakan. Motor pon sudah jual, jadi oleh kerana itu.. kita “chop chop” lah bracket itu untuk masukkan kepada Ranger.


Saya guna hanya plate atas dan empat tiang untuk dipasang pada Ranger… jenuh kena fikir, alhamdullilah.. berjaya.



Modi hanya pada coverset.. potong sikit dan beli screw baru yang lebih panjang untuk bracket Aveta. Grab rail dan coverset saya guna kembali tiada apa yang dibuang. Sebelah kiri saya pasang bracket untuk tong minyak, jadi susah sikit lah untuk memasang bracket, grab rail, coverset dan tiang sebelah kiri.


Apa pon, pemasangan cantik.. tiada cacat sangat.. dan kukuh. Jadi siapa siapa yang mahu cuba silakan, tak perlu guna Rapido adjustable rak. Kita boleh guna empat tiang dan satu plate yang kita boleh tempah dari bengkel kimpalan, rasanya lagi murah.


Pemasangan renyah sikit perlu kesabaran, benda begini saya jarang hantar kedai buat kerana mereka hendak cepat. Hasilnya tidak akan sama sekiranya kita buat sendiri. Kalau pembuatan yang mudah.. boleh saja hantar ke kedai.


Apa pon terima kasih kerana melawati blog saya.

No comments:

Post a Comment