Posts

Showing posts from October, 2021

Ex5 Chukudu - Auxiliary Tank

Image
Siap siaga untuk perjalan jarak jauh, perlahan lahan kita prep Ex5 C100 Adventure untuk tujuan ini. Kali ini kita pasang auxiliary tank (tangki tambahan) minggu lepas sudah dipasangkan tangki spare. Jadi jarak perjalanan untuk semua bahan api yang ada melebihi 600 km, ya sudah cukup jauh untuk menunggang tanpa fikir kedai minyak. Motor cikai tetapi mantap untuk tunggangan solo santai tak kisah kemana. Sekian, terima kasih.

Test Post - Pengkalan Chepa

Image
This is a test post. Thank you.

Chukudu Siap - Sedia untuk Berkhidmat

Image
Lama betul motor Ex5 C100 Adventure ni tak di aktifkan. Sekarang sempadan antara negeri sudah buka boleh lah mula ride balik dengan motor ini. First ride selepas pkp ni mungking camping solo, entah tak tahu di mana, yang penting jalan. Ni video ringkas update dan photo photo sebagai kenangan. Sekian, terima kasih.

Ride Merapu Hilang Gian - Pengkalan Chepa

Image
Sempadan negeri negeri Malaysia di buka pada 11 Okt 2021. Tidak melepaskan peluang ini saya ride solo pada 16hb Okt - Shah Alam - Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kuala Krai - Pengkalan Chepa. 18hb Okt - Pengkalan Chepa - Pasir Mas - Jeli - Banding - Grik - Kuala Kangsar - Ipoh - Shah Alam Hari pertama saya ride ke Ipoh kemudian melalui Cameron Highland menuju Gua Musang hingga ke Pantai Sabak di Pengkalan Chepa. RnR Ladang Bikam, rehat sebentar untuk memastikan motor dan barangan dalam keadaan memuaskan. Semasa ride hari pertama dalam 50 ~ 100 km, elok berhenti dan periksa semua peralatan seperti bag, pannier, topbox dan lain lain tiada masaalah. Periksa juga motosikal supaya tidak terdapat sebarang kerosakkan dan tiada kekurangan angin atau apa apa yang luar biasa. 100 km pertama penting dalam mana mana trip, kerana ada motorsikal yang kita kurang tunggang jadi apa apa masaalah yang akan berlaku besar kemungkinan kita akan dapat lihat masa hentian pertama ini. Ride kali ini say...