Ride Merapu Hilang Gian - Pengkalan Chepa

Sempadan negeri negeri Malaysia di buka pada 11 Okt 2021. Tidak melepaskan peluang ini saya ride solo pada

16hb Okt - Shah Alam - Ipoh - Cameron Highland - Gua Musang - Kuala Krai - Pengkalan Chepa.
18hb Okt - Pengkalan Chepa - Pasir Mas - Jeli - Banding - Grik - Kuala Kangsar - Ipoh - Shah Alam

Hari pertama saya ride ke Ipoh kemudian melalui Cameron Highland menuju Gua Musang hingga ke Pantai Sabak di Pengkalan Chepa.


RnR Ladang Bikam, rehat sebentar untuk memastikan motor dan barangan dalam keadaan memuaskan. Semasa ride hari pertama dalam 50 ~ 100 km, elok berhenti dan periksa semua peralatan seperti bag, pannier, topbox dan lain lain tiada masaalah. Periksa juga motosikal supaya tidak terdapat sebarang kerosakkan dan tiada kekurangan angin atau apa apa yang luar biasa.

100 km pertama penting dalam mana mana trip, kerana ada motorsikal yang kita kurang tunggang jadi apa apa masaalah yang akan berlaku besar kemungkinan kita akan dapat lihat masa hentian pertama ini.



Ride kali ini saya gunakan Triumph Speed Twin (Speedy) dengan tail bag Triumph 45 liter. Beg berfungsi dengan cemerlang, muat segala yang diperlukan untuk trip ini.



Selepas ke Ipoh, melawat saudara mara saya naik ke Cameron dengan hasrat untuk bermalam di sana, memandangkan masa masih banyak saya dan kesukaran untuk menempah bilik penginapan saya terus ke Gua Musang dan disana saya akan fikir sekali lagi apa yang perlu saya buat.



Selalu sangat ride ke Cameron jadi, tiada keperluan untuk singgah bermalam di sana. Saya teruskan perjalanan ke Gua Musang melalui Loging. Jalan ke Cameron ada tempat tinjauan yang selalu bikers berhenti roboh dan sedang di baiki, hanya tinggal sedikit sahaja bahagian yang masih boleh digunakan untuk bergambar.



Selapas solat Zohor/Azar di Gua Musang, makan dulu sikit untuk lapik perut sebab saya putuskan untuk meneruskan perjalanan ke Pengkalan Chepa.



Route dari Gua Musang saya melalui Kuala Krai - Macang dan terus ke Pengkalan Chepa. Tiba di Pengkalan Chepa pada jam 8 menunggang dengan santai dan hanya sukar sikit untuk menuju ke destinasi disebabkan hari malam dan lokasi di dalam kampung di kawasan Pantai Sabak.

Setiba di Sabak, saya tinggal dua malam di sana.


Kawasan Pantai Sabak terkenal dengan perusahaan tuak, jadi tidak ketinggalan cuba Tuak Nipah yang asli berdekatan.


Tuak Padang Polo, direct dari perusahaan kecil ini. Pemilik yang ramah dan melayan jiran walau pon selalunya mereka hanya membekal ke kedai kedai sahaja.


Pokok pokok nipah berhampiran rumah yang mana nira nipah di hasilkan.


Melawat keluarga di Sabak selama dua malam.



Bergambar sebelum bertolak pulang.



Sempat kutip benih ulam raja.


Bersama keluarga di Sabak.



Perjalanan pulang melalui Pasir Mas - Rantau Panjang - Jeli - Bukit Melintang - Titiwangsa - Grik - Kuala Kangsar - Shah Alam.


Singgah Bukit Bunga, tengok sempadan yang tak buka buka lagi.



Sunyi disini.



Rest stop sekejap di Belimbang, untuk alas perut dan rehat, kemudian ke stesen minyak sebelum East West Highway di Batu Melintang


Teruskan perjalanan ke Hentian Titiwangsa.


Kemudian ke Pulau Banding, untuk melihat persekitaran. Dulu dulu ada Petronas di atas Pulau Banding, sekarang sudah tiada. Jadi jarak antara stesen minyak di Batu Melintang dengan Grik adalah 100 km, jadi mengikut perkiraan semua jenis kenderaan boleh melepasi jarak ini.


Dari Banding rout terus ke Kuala Kangsar, nak pekena Laksa Sarang di Laksa Pokok Limor.


Pekena Laksa sarang dulu.


Selalu singgah sini bila ride.


Selepas pekena laksa saya meneruskan perjalanan melalui jalan lama ke Ipoh dan singgah di stesen minyak RnR Simpang Pulai sebelum menuju Shah Alam.



Sekian.




















Comments

Post a Comment