Solo Camping - Ride Merapu Teluk Senangin
Lama dah plan untuk ride dan camping, disebabkan covid, kena lah KIV dulu hasrat itu. Last last dapat peluang semua sudah cukup, apa lagi mengelior ler ke Teluk Senangin, Perak untuk solo camping.
Teluk Senangin terletak berhampiran Lumut, di antara Teluk Batik dan Pantai Remis. Jarak Perjalanan antara Shah Alam ke Teluk Senangin dalam 200 km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tetapi oleh kerana ride merapu saya singgah Parit dan Bota kemudian baru ke Teluk Senangin.
Selesai makan, check sikit motosikal dan ikatan barang. Nasib baik check sebab jalan ke Parit.. lekuk lekak jadi dah nak tertanggal top box. Saya guna extra strap, ini menyelamatkan top box saya dari bersepah di jalan.
Teluk Senangin terletak berhampiran Lumut, di antara Teluk Batik dan Pantai Remis. Jarak Perjalanan antara Shah Alam ke Teluk Senangin dalam 200 km dan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tetapi oleh kerana ride merapu saya singgah Parit dan Bota kemudian baru ke Teluk Senangin.
Melalui Sungkai terus ke Sri Iskandar dan berhenti di Parit, Perak nak melintasi Jambatan Cempaka Sari antara Parit dan Belanja.
Ateh jembatan Cempaka Sari, antara pekan Parit dan Belanja.
Selepas Parit saya terus ke Hamizi Ikan Bakar tepi Bendang, mak oooiiii, marvelous yop, semua yang menggiurkan ikan ikan dan masakan dia. Jadi rest stop situ untuk makan sebelum ke tempat camping.
Bantae apa yang patut, tapi perlu hati hati lah.. takut naik pulak paras gula.
Semua di atas, dengan ayor kosong RM40.00. Nasi sekelemit saja.. takder pon tak apa.
Perjalanan diteruskan ke Teluk Senangin sekitar 40 minit dari tempat ikan bakar dan terus memasang kemah. Tapak perkemahan di Dataran Teluk Senangin 2, pemilik tempat sangat ramah dan harga yang dikenakan berpatutan. Siapa yang nak camping sana boleh call En. Yusof di talian : 0175416728. Gambar bawah dari wassap dia.
Setiba sana saya sempat pasang kemah, angin terlalu kuat jadi menyulitkan sikit lah nak pasang kemah kecik saya. Tiada gambar sangat sebab hujun turun dengan lebat dan angin kuat sebelah petang dan selepas tengah malam macam ribut.
Bila berkemah pasti ada “jiran” jadi jangan risau. Mereka yang camping ni selalunya kepala sama geng… memang bagus.. jadi kita pon kena lah bersikap yang sama. Dibawah gambar gambar pemandangan di Teluk Senangin yang sempat di ambil sebelum hujan.
Selepas bermalam disini, keesokkan nya saya terus pack untuk balik melalui Sabak Bernam, Sg. Besar, Sekinchan dan Kuala Selangor. Bila lalui jalan itu, tempat wajib yang perlu saya singgah ialah Din Mentarang 2. Tapi Pak Din tiada, yang penting mentarang ada. Order mentarang dan kerang untuk buat ratah.
Din ,mentarang memang tidak pernah mengecewakan saya, ngam ngam masa tiba mentarang ada lagi tetapi kecewa kepada pelanggan kemudian kerana sudah kehabisan mentarang.
Makan dulu.
Kerang dia besor besor semua RM70++, letih juga nak habiskan mentarang sup 1/2 kilo dan masak cili 1/2 kilo, campor lagi kerang bakor 1/2 kilo. Pueh makan… boleh tahan setahun tak makan mentarang.
Pak Din tiada, bebudak dia saja yang bakor, ada video lepas lepas saya buat Pak Din tengah bakor.
Selepas pekena mentarang saya teruskan perjalanan pulang ke Shah Alam…
Alhamdullilah selesai..
Gambar gambar sampingan dibawah untuk kenangan.
Comments
Post a Comment