Solo Ride Merapu Sabah 3.0

Berkesempatan untuk tunggangan merapu solo di Sabah untuk penutup tahun 2021, ride sederhana bermula dari Kota Kinabalu.

Hari pertama menuju ke Keningau, melalui Putatan, Papar dan Kimanis. Berhenti seketika di puncak Croker untuk rehat dan minum sambil menikmati udara pergunungan yang segar. Ride santai tiada had masa yang perlu di ikuti, jadi sampai di Keningau lebih kurang 2 jam.


Hari kedua, dari Keningau ke tapak perkemahan Az-Zummar di Bundu Tuhan melalui Tambunan, Ranau dan Kundasang. Jalan antara Keningau dan Akin Akin rosak dengan teruk hanya motosikal kecil dapat melalui nya.

Sampai di Az-Zummar dalam jam dua petang dan menginap di sana satu malam. Perjalanan ke Bundu Tuhan melalui jalan kampung yang berliku liku dan pada penghujung jalan ke campsite terdapat jalan yang tidak diturap dan sukar untuk di lalui sekiranya hujan.



Hari ketiga, perjalanan balik ke Kota Kinabalu, saya tidak dapat ke Kota Belut oleh kerana faktor cuaca dan masa yang agak singkat.



Gambar gambar Ride Sabah 3.0 dibawah.











































































Comments