Ride Tank Kering | Aveta Ranger | Menguji Tanki Tambahan

Selesai pemasangan tanki tambahan, kita buat ujian kesesuaian dan sekira perlu membuat penambahbaikan kepada tangki yang di pasang.


https://www.relive.cc/view/vwq1BXYRQBv




Tangki minyak asal Aveta 3 liter, jarak yang saya dapat semalam mengikut GPS ia lah 112km, kalau ikut meter Aveta sekitar 100km. Penggunaan minyak ini dengan kelajuan maksimum “full throttle” sekiranya menunggang secara santai, boleh dapat jauh lagi hingga mencecah 135 ~ 150km.


Full semua tangki 4903.3 km Aveta : 3 liter, Aux Tank : 4 liter  dan Jerry Can : 5 liter.








Tangki minyak Auxiliari di salurkan kepada carburettor dan perjalanan diteruskan, disini saya rasa tangki Aux ini perlu di rendahkan lagi kedudukkan nya supaya “stop cock” boleh dibuka setiap masa. Kerana dengan posisi sekarang, sekiranya main tank penuh dan Aux tank pon penuh kemungkinan melimpah keluar petrol dari tangki Aveta.


Lampu minyak tangki Aveta menyala steady : 4984.8 km



Minyak kering tangki Aveta 3 liter : 5009.9 (GPS 112.3km)







Perjalanan diteruskan dan tangki Aux kehabisan pada 280km, kalau ikut GPS 294 km. Top up minyak dari Jerry can kepada kedua dua tangki dan perjalanan diteruskan sambil singgah makan.


Minyak kering tangki Auxiliari : 5184.7 (GPS 294.3 km)
















Jumlah jarak,perjalanan keseluruhan 437km dangan ada lagi baki minyak. Purata kadar penggunaan minyak sekitar 42km/liter.


Jadi Aveta saya jumlah minyak keseluruhan 12 liter ini termasuk Jerry Can boleh mencecah hingga 42 x 12 = 504 km average. Ini cukup untuk perjalanan sehari sekiranya kita merantau.


Ok… seterusnya ini gambar gambar ride.



























Comments