Solo Ride Merapu Selatan Thai | Trip Main Hujan | 5 ~ 8 Disember 2023

Trip kali ini santai melalui Betong, Yala, Pattani, Hat Yai dan Dannok. Keadaan cuaca titak mengizinkan perjalanan yang jauh tetapi cukup sekadar pusing selatan Thai ziarah tempat baru.


5 Disember dari Shah Alam ke Sempadan tiba jam 11:30 pagi waktu Malaysia, sebelum itu singgah Petronas Pengkalan Hulu untuk top up minyak. Tiada apa yang menarik dari rumah hingga ke Pengkalan Hulu, laluan biasa untuk bikers yang ke Siam melalui Betong.

— at Betong Immigration, Thailand




Settlekan semua TM2, TM6 dan Declaration kastam Siam untuk motosikal, sekejap saja sebab tiada orang. TM6 saja yang lama sikit kerana nak tulis.

— at Betong Immigration, Thailand



Macam kebiasaan, selepas menyeberang.. makan di Bang Day Matt Restoren Betong, sebelah Majlis Agama Islam Betong, ada juga tengok pengantin datang. Tak pasti dari Malaysia ker Siam.

— at Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Betong



Lepas check in hotel, pilih yang murah Cathay Hotel walking distant dari merata.

Pergi kedai Kak Kah pekena Sup Kaki Lembu, biasa saja rasanya. Kalau pegi weekend susah nak dapat, habis memanjang.

— at ร้านซุปขาวัว Supkaki เจ้าเก่า เมืองเบตง




Pekena sup kaki lembu, kalau hari Jumaat dan weekend susah sangat nak dapat, habis orang book.. biasa saja rasanya.

Ni sup kaki dari dekat.

— at ร้านซุปขาวัว Supkaki เจ้าเก่า เมืองเบตง




Malam lepak kejap di restaurant Hafiz Seafood, Alynn Techen dan kawan belanja makan malam… terima kasih. Hujan masa tu… jadi lenjun sekejap.

— at Hafiz Seafood @Betong



Ni keesokkan hari 6hb Dis, on route Pattani.. berhenti area Aiyoe Weng, batu berapa entah dari Betong, sebelom konar konar Ban Lang Dam dan Banang Sata.




Makan breakfast di gerai kampung. Harga jauh lebih murah.. bukan macam di bandar, nak ketuk saja tourist.

— in Aiyoeweng.




Kueh kedai kampung, tapau sikit mana tau.. terjumpa anjing garang nak kejor.. trick nya bawa makanan.. bagi sikit baik ler dia.

— in Aiyoeweng.






Layan santai, kena nescafe.. kopi O kosong takder, tiada pilihan .. kena lah Nescafe.

— in Aiyoeweng.




Nasi kerabu dengan ayam goreng.Takut tengok susu pada nescafe.. pelan pelan kacau.. tak nak bagi semua masuk ayor.

— in Aiyoeweng.




Layan konar konar sebelum jembatan Bang Lang

— in Ban Bang Lang, Yala, Thailand.




Area Ban Lang Dam, ini dibawah tempat rest area dia yang ada toilet tu.

— in Ban Bang Lang, Yala, Thailand.












Tengahari, berhenti di PTT Budi, Yala. Ini PTT baru.. FYI banyak PTT baru yang dibuka area selatan Thai. Rasanya bila keadaan beransur selamat di sini baru PTT buka stesen.. elok juga, stesen PTT kemudahan dia cemerlang.

Sini kena kopi di Amazon, kopi wajib bila ke Siam. Secawan rasanya dalam RM6.00 boleh relax, ada aircond, toilet dan wifi.

— in Yala, Thailand.






Tengahari, tak digalakkan ride, nanti kena heat stroke susah.. bawak berehat dan santai kena kopi.

— in Yala, Thailand.






Relak dan santai di Amazon, Budi Yala.

— in Yala, Thailand.




Sampai Kg Papunguh tempat Quran besar di Yala, baru siap dalam 9 bulan gitu.. jadi ni first time melawat.. sambil tu bantu sikit ekonomi akak akak yang meniaga situ.

— in Amphoe Raman, Thailand




Tiada orang, saya sorang saja jadi… akak akak ni… melayan lah, boring tu kot. Kena kopi lagi… minta kopi O, lupa nak cakap Kosong… berde’ut maneh nya.

— in Amphoe Raman, Thailand








Kg Papunguh, Yala.

— in Amphoe Raman, Thailand










Sampai hotel di Yala, menyesal ambik… jauh dari hapening, jadi layan Net Flix saja lah.. makan pon apa yang tapaw dari Betong tadi, sebab nak keluor ujan.

— at The Rooms Residence










Ni 7hb Dis, keluar hotel terus cari kedai makan di laluan utama ke Hat Yai & Songkhla. Nasi minyak kata nya.

— in Nong Chik, Thailand.






Makan Pagi di Pattani


Gerai tepi jalan, murah dan santai, cuma cuaca nak ujan..

— in Nong Chik, Thailand.




Tadi kena ujan lebat.. ni stop over di PTT Ban Sawan berteduh, no point teruskan perjalanan.. rehat dekat 2 jam.. dan buat keputusan cancel Songkhla, terus ke Hat Yai.

— at Ptt Station บานา













Lepas sampai Hat Yai, check in hotel.. area Lee Garden, terlelap sekejap dalam 2 jam.. letih layan hujan. Bangun pi makan .. di Rocky Muslim Restaurant .. silap… silap..

— at Rocky 2 Restaurant






Mahai dia cas, baik pegi Kai Tod Decha depan sikit ajer jalan… tak nak gi lagi lah kedai ni.

— at Rocky 2 Restaurant




Siang siang area Hotel. Dekat kereta tu Restoren A-Lrahman, situ boleh makan roti dan teh tarik.

— at A-Lrahman Restaurant






Malam area Lee Garden Street, hari Khamis tak ada orang sangat. Banyak tepi jalan depan belah kiri tu.. saja dia orang buat promosi Carberet Show. Tak payah lah join.. susah nanti.

— at Lee Garden Street






Anak ketam goreng, selalu saya beli bila sampai sini, awek ni mesti bagi banyak… extra.. selalu beli dengan dia.

— at Lee Garden Street




Ketam hari ini masin lebih… jadi .. tak boleh makan habis.

— at Lee Garden Street




Tengah jalan jalan di Lee Garden, yang tengah tu tegur… “Assalamualaikum”.. terkejut berok sekejap… takpa lah.. jawab saja salam dia.. sebab mana saya tahu dia Islam ker dak.. mana tahu dengan salam saya dapat dia hidayah… apa pon sini.. kita jangan menghukum orang… dia cara dia, kita cara kita… kesudahan hanya Allah yang ketahui.

— at Lee Garden Street




Dah layan.. Lee Garden.. nak hilang terkejut.. pi minum teh tarik di A-Lrahman.. ada group naik bas dari Manjung… layan kejap sebelum ke sini tadi, tunjuk tempat makan area sini..

— at A-Lrahman Restaurant




A-Lrahman restoren, kedai pekan koboi jer.. tak mahal sangat sini.

— at A-Lrahman Restaurant




8 hb Dis… dari Hat Yai.. cross di Dannok dan Bukit Kayu Hitam.. singgah makan di Dannok.. sempat layan beberapa couple rider.. masa makan.. bagi simkad saya yang ada balance 3 hari pada satu couple, nak keluar dah.. bagi jer lah.. cukup lah sampai dia orang balik.

— at Bukit Kayu Hitam MY-Thai Border




Petronas Sungai Dua, rehat jap panas… top up minyak.. cukup sampai Shah Alam rasanya.

— at Petronas Sg.Dua, P.Pinang





Ok lah alas perot, nak sejukkan badan.. nak balik dah.

— at Petronas Sg.Dua, P.Pinang




Selesai, tiada apa sangat.

Comments