Selangor Anti Clockwise | Quarter Turn

Ride Santai G310GS Selangor Anti Clockwise | Quarter Turn 

Ride ringkas hari ini pusing Selangor, oleh kerana kesibokkan jalan dan faktor cuaca hanya dapat buat suku pusingan sahaja.

Bermula dari Bukit Subang - Klang (Teh Halia Sani - Tutup) - Kg Sawah | Banting ( Nasi Ambeng Ungkap Kichap) - Route 5 Morib - Tanjung Sepat - Sepang (Buah Naga Mr. Sia) - Bukit Subang

Jalan dari Klang ke Banting, masih banyak pembinaan jadi perlu berhati hati ada tempat tempat yang sempit dan berlubang lubang. Setahu saya sudah lama sangat pembinaan ini tidak siap siap.

Sungai Pelek ke Simpang KLIA Enstek juga banyak road work jadi perlu berhati hati, jalan sempit satu lorong.

Di Elite tadi kereta banyak disebabkan hari ini ramai orang balik KL dan Selangor, juga kerana ada ibu bapa yang menghantar anak pulang ke hostel untuk memulakan sessi persekolahan esok.

Makan Pagi/Tengahari di Warong Nasi Ambeng Ungkap Kichap, Kg Sawa, Banting. Tak cuba nasi ambeng hanya nasi campur biasa sahaja.








Ni pakar bungkus nasi ambeng, sebelah kanan warong nasi campur biasa.












Singgah sekejap di Route 5 Morib, tapi malang nya sudah lama tutup.. sempat intai sticker lama saya masih ada situ. Nanti Pemilik baru mungkin akan buang semua sticker sticker bikers di situ.





Sticker lama masih ada.










Rehat sekejap di Petronas Tanjung Sepat, hari panas.


Singgah beli buah naga di kedai Mr. Sia Batu 2 Tanjung Mas,Kampung Sungai Pelik. Tokeh dia memang ramah, first choice saya untuk beli buah naga. Mr. Sia ni orang lama Sg. Pelek.

Buah Naga Mr. Sia




















Note:

Blog Post dan video ini hanya untuk kongsi ilmu, pengalaman dan simpanan sahaja, tiada monetization di youtube.









Comments