Posts

Showing posts from November, 2021

Pemasangan Windscreen OriChina “Dart” Fly Classic pada Triumph Speed Twin

Image
Windscreen Dart Classic saya kerosakkan disebabkan motor tumbang, jadi saya cari di AliExpress screen yang hampir sama. Jadi dapat lah screen yang sebjik Dart copy. Screen datang dengan bracket untuk headlight mount sama seperti Dart Classic, yang beza cuma spacer diperbuat dari plastik, Dart menggunakan aluminium. Jadi saya guna semula screw asal Dart dan bracket dan screen guna yang dari AliExpress. Pemasangan ringkas, sangat mudah. Saya sarankan untuk pasangkan bracket satu satu, supaya headlight alignment tidak lari. Lepas semua sudah di pasang ketatkan semua screw. Video bawah adalah pemasangan Dart Classic original, tetapi 100% sama. Terima Kasih.

Solo Ride Merapu Sabah 3.0

Image
Berkesempatan untuk tunggangan merapu solo di Sabah untuk penutup tahun 2021, ride sederhana bermula dari Kota Kinabalu. Hari pertama menuju ke Keningau, melalui Putatan, Papar dan Kimanis. Berhenti seketika di puncak Croker untuk rehat dan minum sambil menikmati udara pergunungan yang segar. Ride santai tiada had masa yang perlu di ikuti, jadi sampai di Keningau lebih kurang 2 jam. Hari kedua, dari Keningau ke tapak perkemahan Az-Zummar di Bundu Tuhan melalui Tambunan, Ranau dan Kundasang. Jalan antara Keningau dan Akin Akin rosak dengan teruk hanya motosikal kecil dapat melalui nya. Sampai di Az-Zummar dalam jam dua petang dan menginap di sana satu malam. Perjalanan ke Bundu Tuhan melalui jalan kampung yang berliku liku dan pada penghujung jalan ke campsite terdapat jalan yang tidak diturap dan sukar untuk di lalui sekiranya hujan. Hari ketiga, perjalanan balik ke Kota Kinabalu, saya tidak dapat ke Kota Belut oleh kerana faktor cuaca dan masa yang agak singkat. Gambar gambar Ride Sab...

Review - Az-Zummar Campsite Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah.

Image
Review ringkas campsite Az-Zummar di Bundu Tuhan, Kundasang, Sabah. Gambar gambar campsite ini. Terima kasih.

Ride Merapu - Patin Raub - Fraser - KKB

Image
Ride hari ini betul betul merapu, tak plan lansung. Tapi ok lah dalam 320 km solo nak test tanki minyak. Perjalanan dari rumah menghala ke Dengkil, isi minyak penuh penuh dan terus ke gombak melalui MEX ke Gombak. Cadang hendak naik Genting, tapi fikir fikir tak perlu lah, bukan ada apa sangat sana. Jadi lajak terus ke Lemang Toki, tapi fuh.. punya lah ramai orang.. jadi singgah “look see” saja. Bior ler yang tak selalu datang layan diri situ. Lain kali hari orang kerja saya boleh datang. Jadi, lemang tak dapat…. Saya lajak lagi atas ke Raub, nak pekena patin, di kedai Azmi Stim Tempoyak. Marverlous, ngam ngan sampai hari ujan.. jadi layan patin sambil buat sikit video. Lepas kena patin, saya terus ke arah Fraser, naik dan rehat seketika sana. Patin tapau nasib baik tak pecah bekas plastiknya…  Turun dari Fraser terus menghala ke Kuala Kubu Baru dan kemudian ke Shah Alam. Perjalanan keseluruhan dalam 320 km, jalan di antara Raub & Kuala Kubu/Fraser sangat mencabar sebab hujan g...