Posts

Showing posts from June, 2022

Aveta Ranger | Windshield Stabilizer | Mounting Tambahan

Image
Lama saya fikir macam mana hendak kukuhkan perisai angin motor Aveta Ranger saya. Perisai yang saya gunakan adalah jenis “Universal” yang mana ia nya boleh digunakan pada pelbagai motosikal. Perisai ini saya telah pasangkan dari mula beli Aveta hingga sekarang, hari ini tiba tiba datang satu idea untuk memperkukuhkan perisai yang saya gunakan ini. Saya mempunyai banyak action cam mounting yang tidak digunakan, jadi saya dapat idea untuk gunakan mounting mounting ini dengan camera mounting quarter twenty dilekapkan pada headlight Aveta ranger. Jadi, saya perlu menebuk lubang 6mm pada perisai di tengah tengah sebelah bawah untuk jadikan anchor point quarter twenty camera holder ini. Hasilnya memuaskan, installation simple, kemas, mudah didapati dan boleh diganti dengan mudah sekira perlu. Siap. Sekian terima kasih.

Aveta Layan Ikan di Pasir Penambang

Image
Isnin 27hb June 2022, ride santai ke Kuala Selangor untuk beli ikan di pasar basah Pasir Penambang. Jarak perjalanan dekat sahaja sekitar 50km. Sambil pegi pasar, layan Bukit Malawati dengan Aveta Ranger 110 dan singgah makan di Restoran Bagan di laluan turun dari bukit. Video video ini hanya koleksi untuk saya simpan buat kenangan. Terima Kasih. Ride Kuala Selangor beli ikan di Pasar Pasir Penambang. https://www.relive.cc/view/vPv4e7YM8RO Kuala Selangor | Bukit Malawati - Pasir Penambang | Short Video Kuala Selangor | Bukit Malawati - Pasir Penambang | Full Video Aveta Ranger | Naik Turun Bukit Melawati

Aveta Ranger 110 - Stator Coil

Image
Aveta Ranger 110 menggunakan 6 pole 5 wire stator coil setup. Stator coil terdiri daripada Lighting Coil dan Fuel Coil, termasuk sekali dalam set ialah Pulse sensor untuk ignition firing timing motosikal ini. Lighting coil mengeluarkan AC power melalui wayar berwarna kuning di memberi karan kepada rectifier regulator untuk di salurkan kepada sistem motosikal.  Karan disalurkan dari lighting coil (5 pole) ini di bahagi dua kepada regulated DC dan AC.  DC digunakan untuk mengecas bateri dan AC untuk lampu. Sistem elektrik motosikal ini menggunakan DC kepada lampu signal, lampu brek, lampu minyak dan hon. AC pula digunakan untuk lampu hadapan lampu belakang dan lampu meter. Stator 6 pole ini sama jenis dengan Honda Dream tetapi mempunyai penyambung yang berbeza. Stator yang sama juga digunakan oleh lain lain motosikal China CY6 series jadi mudah untuk didapati. Untuk menggunakan stator aftermarket, kita perlu pastikan yang stator itu jenis 6 pole dan 5 wayar dan kita kena tukar c...

Aveta Ranger Engine Electrics

Image
Untuk perjalanan solo jarak jauh, kita mesti mengenali motosikal dengan baik, tak kira apa jenama sekali pon. Jadi untuk tujuan itu, saya terpaksa buka bahagian tertentu untuk memeriksa dan mengetahui keaadaan peralatan penting dan cuba sediakan spare mana yang perlu. Untuk motosikal Aveta ini, spare yang diperlukan untuk pastikan motosikal tidak mati di tengah jalan hanya sedikit, memandangkan motor ini menggunakan carburetor jadi tidak lah rumit sangat. Spare part electrical bahagian injin yang saya syorkan untuk bawa pada perjalanan jarak jauh untuk motorsikal carburetor adalah seperti dibawah. Fuel Coil - mungkin satu set dengan lighting coil dan pulser. CDI  Plug Coil & Harness Parts mekanikal, selalunya saya hanya bawa rantai spare. Video di bawah penerangan ringkas mengenai peralatan yang saya maksudkan. Aveta Engine Electrics | Peralatan Penting Untuk Solo Jarak Jauh

Ride Tank Kering | Aveta Ranger | Menguji Tanki Tambahan

Image
Selesai pemasangan tanki tambahan, kita buat ujian kesesuaian dan sekira perlu membuat penambahbaikan kepada tangki yang di pasang. https://www.relive.cc/view/vwq1BXYRQBv Tangki minyak asal Aveta 3 liter, jarak yang saya dapat semalam mengikut GPS ia lah 112km, kalau ikut meter Aveta sekitar 100km. Penggunaan minyak ini dengan kelajuan maksimum “full throttle” sekiranya menunggang secara santai, boleh dapat jauh lagi hingga mencecah 135 ~ 150km. Full semua tangki 4903.3 km Aveta : 3 liter, Aux Tank : 4 liter  dan Jerry Can : 5 liter. Tangki minyak Auxiliari di salurkan kepada carburettor dan perjalanan diteruskan, disini saya rasa tangki Aux ini perlu di rendahkan lagi kedudukkan nya supaya “stop cock” boleh dibuka setiap masa. Kerana dengan posisi sekarang, sekiranya main tank penuh dan Aux tank pon penuh kemungkinan melimpah keluar petrol dari tangki Aveta. Lampu minyak tangki Aveta menyala steady : 4984.8 km Minyak kering tangki Aveta 3 liter : 5009.9 (GPS 112.3km) Perjalanan di...